Friday, June 15, 2012

Selamat Jalan Sang Murabbi; moga kita dipertemukan nanti

Kesedihan berada jauh daripada kampung halaman menyebabkan tidak dapat bersama memberikan penghormatan terakhir kepada murabbi kita, Almarhum Ustaz Yahya Uthman rahimahullah.

Cuma gambar yang mengubat kerinduan. Gambar semasa cuti aidilfitri tahun lepas.

Dr Awisul berbetulan turut bercuti dari sub kepakaran dari India turut sama hadir. Walaupun cuti kami tersebut sangat pendek, tetapi memandangkan al fadhil Ustaz sering menyebut anak-anak tarbiahnya. Mungkin beliau sudah merasai, itulah kali terakhir kami sempat bersamanya, kalau kami mahu menemuinya. Sahabat yang dicintai, Cikgu Nazeli beberapa kali menyebut betapa rindunya Ustaz kepada kami.

InsyaAllah pesananmu menjadi motivasi kepada kami untuk menjaga pepenjuru Islam ini menjadi cemerlang dalm bidang kami.


Aku menangis mengenangkan betapa cintanya Ustaz kepada kami. Bermula lebih dua puluh tahun lepas ketika aku mula mengenali dunia, Ustaz telah membimbing kami untuk menjadikan Islam sebagai penyelesaian. Ustaz memperkenalkan kami kepada sahabat-sahabat Ikhwannya di Jordan, yang menganggap kami yang muda remaja pada waktu itu sebagai anak-anak mereka sendiri. Ustaz tidak mengenal lelah untuk berjaga malam mendidik kami.

Banyak wasiat yang diberikan kepadaku, samaada untuk orang muda atau untuk pejuang dalam bidang kami. Cuma kelemahanku untuk menterjemahkan saranan dan nasihat Ustaz samada kepada pemuda ataupun ahli sains.

InsyaAllah, kami akan mengadakan solat untukmu secara ghaib, moga-moga kita dipertemukan Allah pada hari yang dijanjikan.

Assoc. Prof. Dr. Zakuan Z. Deris
Glenroy, Melbourne.

Thursday, May 3, 2012

Gunung Berapi adalah Peringatan Allah

Kawasan Rotorua adalah kawasan pelancungan. Permandangannya sangat cantik. Tapi bau sulfur kurang menyenangkan . Ini adalah gambar kawasan aktif volcano di Wai-o-tapu. Ia terletak kira-kira 20km dari Roturua. Asap masih keluar dari kawasan volcano tersebut. Air mendidih di bawahnya.



Kelihatan air mendidih ditengah tasik mengeluarkan belerang dan lain-lain.


















Bau busuk! Siapa yang melepas ni! :) Abbas & Aesya sedang tutup hidung tu....

Ingat bila-bila masa sahaja Allah boleh memusnahkan satu kawasan. Dengan Gunung berapi, Gempa Bumi atau tsunami.

Thursday, March 8, 2012

Biduk berlalu kiambang bertauk


Bersama dengan sahabat-sahabat dari Kedah di Utara Pakistan untuk membantu mangsa gempabumi di Balakot.
Kelihatan Ustaz Ridwan orang kuat kuala Kedah dan Dr Hamdan. Ustaz Ridwan ni sering sebut 'Saya ni tiap-tiap malam tidur dengan tino siam'. Kami suspen juga. Rupanya isteri beliau asal dari Thailand.





Ir Amiruddin dan Dr Ismail memerhatikan kami memberikan makanan kat kanak-kanak mangsa gempabumi. Dr Yunus juga kelihatan di situ. Yang kiri sekali tu sebenarnya Dr Hamdan, tapi sebab gambar amatur, so nampak separuh badan saja.

Sekarang sudah kembali asal. Selamat bertugas.



Nampaknya dah 4 orang Exco dalam team ini :)

Tunggu menteri pulak.

Saturday, February 4, 2012

Tahniah dan selamat bertugas kat Dr Yunus


Selamat Bertugas kat Dr Yunus sebagai Exco Belia dan Sukan Selangor. Tugas ini sangat sesuai untuk beliau walauun saya percaya beliau terpaksa mengorbankan banyak komitment lain seperti tugasan di klinik beliau.

Dr Yunus yang saya kenali adalah seorang yang mudah mesra dan senang membantu orang yang kesusahan.

Kelihatan Dr Yunus membantu pesakit di Klinik Lapangan Balakot, utara Pakistan.

Peranan menjaga belia sangat sesuai dengan beliau kerana semangat keremajaannya.

Selamat Bertugas Dr Yunus.

Wednesday, January 25, 2012

Grampians yang sungguh indah






Sebelum cuti X-mas lepas, sempat ke Grampians. Tak banyak pelancung ke sini sebab tidak terkenal seperti Twelve Apostles atau Philips Island. Kami sudah disambut kanggaroo ketika tiba di Karamli Villa.





Kalau di kampung, boleh tengok mesin mengetam padi. Kat sini mesin mengetam gandum gamaknya.










Sempat juga memancing sambil mandi di Tasik Fyans.













Lihatlah matahari naik di Baroka Lookout.

Sungguh mengasyikkan terutama sewaktu musim panas.

Teringat seperti di Tree Sisters, Katoomba beberapa tahun lepas.

Wednesday, January 18, 2012

Perpisahan yang terasa dihati

Pada hari ini perpisahan dengan Ustaz Khairul Anuar Muhammad al Bakri. Beliau pulang ke Malaysia selepas beberapa tahun di sini. Ustaz Khairul adalah salah seorang penyemak al Quran Mashaf Usthmani untuk edaran di Malaysia. Beliau juga ada mengendalikan rancangan al Quran dalam TV1.


Inilah keadaan majlis tadarrus kami hari Sabtu lepas. Suasana sangat menyeronokkan bersama dengan Ustaz Khairul yang sedang memerhati bacaan ahli kampung. Kini Ustaz Khairul (kopiah biru) akan pulang ke Malaysia.











Kelihatan ahli qaryah memerhatikan bacaan anggota yang sedang membaca.

Sumbangan beliau sangat besar dalam memulakan kelas pengajian al Quran untuk bakal-bakal doktorat. Sepanjang beliau berada di sini, sudah tiga kali majlis Khatam dibuat dan saya terlibat dua daripadanya. Teguran-teguran yang beliau berikan sangat membina sehingga ahli kampung yang masih meranggak-rangkak membaca Quran sangat bersemangat untuk terus belajar dan membaca.

"Sesiapa yang memulakan sunnah yang baik, maka ganjaran untuknya dan orang yang menurutnya".


Berbetulan pada minggu lepas, kami sempat khatam untuk kali ke tiga. Itulah juga merupakan hari terakhir Ustaz Khairul mengendalikan secara offline. Mungkin masa depan terpaksa buat online. Baton akan diteruskan oleh Ustaz Zamri, Ustaz Rosmizu, Ustaz Burhan dan lain-lain. Kami mengadakan sedikit jamuan bersama. Biasalah musim panas ni kena buat BBQ. Boleh ambil masa berborak samabil membakar.




Cuaca sangat cantik. Suhu musim panas sekitar 17-20C.

Saturday, January 14, 2012

Tsunami Acheh Part 2


Ini adalah makmal kami di Meulaboh. Misinya adalah untuk pengesanan awal penyakit berjangkit.










Kerangka masjid masih kelihatan. Disekeliling masjid ini sebelum ini adalah perumahan padat. Dianggarkan lebih separuh penduduk disini meninggal.






Walaupun sudah hampir sebulan berlalu, proses mencari dan mengurus jenazah masih diteruskan.