Sunday, July 27, 2008

Berkhemah bersama Anggota Amal

Kenangan mukhayyam di zaman remaja sangat menyeronokkan. Ketika itu sekitar awal 90an, saya adalah 'doktor' jemputan setiap perkhemahan pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK). Tugas saya sangat mudah iaitu stand by takut-takut ada pelajar yang cedera semasa mukhayyam tersebut. Selebihnya hantar ke klinik. Ketika itu Almarhum Ustaz Mustafa Rusydi yang menjaga bahagian Hal Ehwal Pelajar YIK. Beliau sangat komited, walaupun diusia emas, beliau masih lagi mengikuti setiap mukhayyam tersebut.


Satu tahun itu, mungkin tahun 1992 atau 1993, mukhayyam diadakan di kaki Bukit Pergau. Tempatnya sangat cantik kerana empangan hydro belum ada pada masa itu. Dr Esham turut membantu. Terdapat wabak diarrhea setelah kami berkhemah tiga hari. Sangat meletihkan kami. Kami pastikan pelajar minum air yang sudah dimasak dan makan cuma makanan panas. Nasib baik selepas sehari, wabak dapat dikawal.


Kini itu semua tinggal kenangan. Ustaz Mustafa Rusydi sudah tiada. Saya tak pasti adakah program perkhemahan pelajar YIK masih berlangsung. Kali terakhir saya mengikutinya pada tahun 2002 bersama dengan Ustaz Mansur sebagai Ketua Penolong Pengarah YIK pada masa itu. Abbas berumur 3 tahun bersama saya pada waktu itu.


Kini saya bersama dengan remaja kampung. Berkhemah lagi di Bachok. Kali ini kami berempat. Abi sebagai head, Abbas assistant, Azzam ikut serta dan Aziz yang sangat manja dan tidak boleh berenggang dengan Ummi juga turut serta.
Gambar di atas menunjukkan Aziz disamping khemah kami. Aziz tak mahu balik waktu itu. Tapi Abi sangat sibuk... kena balik juga. Abbas dan Azzam turut serta dalam pembarisan Amal tersebut.

Kelihatan Abbas agak pelik melihat anggota Amal memasak sendiri dengan periuk dan tuku buatan itu. Ada juga yang menggoreng telur dengan tudung periuk. Abbas jadi kagek sikit. Kami biasanya sudah ada makanan segera. Jadi tak perlule abi bersusah payah memasak.

1 comment:

Unknown said...

Ass'kum.. Dr, salute for d good job. at least ada blog sendiri. cuma satu je...kebanyakan foto tu blurry semua. hopefully using 3Mpixel above if u want to upload in ur blog. Anyway..Syabas. Takbir!!