Monday, December 26, 2011

Masihkah ingat Tsunami Acheh 2004? Part 1

Salam;

Sudah tujuh tahun peristiwa ini berlaku. Tanggal 26 Disember 2004. Sekitar jam 8.50 pagi waktu tempatan. Awalnya gegaran yang mengadap Meulaboh ke Lautan Hindi dikatakan sekitar 9 sekala ricter.

Tetapi masih segar dalam ingatanku. Aku tiba di Acheh dan Meulaboh empat minggu selepas kejadian utk misi WHO bagi mengelak perebakan penyakit berjangkit.

Masih banyak gegaran pada waktu itu di Acheh. Rasanya tak selamat nak tidur dalam rumah.


Walaupun sudah sekitar empat minggu dari kejadian, sebenarnya waktu itu baru seminggu, misi penyelamat yang berjaya masuk ke Meulaboh. Ini gambar-gambar yang tak pernah dikongsikan sebelum ini.

Ini gambar dari Garuda airline DC10 sebelum mendarat di Bandera Sultan Iskandar Muda Acheh.




Ini pula gambar dari helikopter UN yang diambil dalam perjalanan dari Acheh ke Meulaboh. Hampir 10 km dari shore, sudah jadi padang jarak padang tekukur.









Sangat jelas, Masjid masih sempurna di pantai Barat Sumatera.











Ini Masjid lain pula. Ada sebuah lagi Masjid. Tapi takut banyak sangat gambar, nanti payah nak upload pula.





Biasa le gambar amatur dari kamera pasar malam saja.






Sunday, December 25, 2011

Hujan Batu di Negeri Orang

Ini janji untuk upload hujan batu di belakang rumah kami.
Boleh tengok sendiri kebesaran Allah. Nak tahu dari sudut santifik, baca le sendiri dalam wikipedia.


video

Sejuk ke? Tak lah sekarang ni musim panas.


Yang besar tu saiz macam bola tenis. Tapi yang banyaknya macam bola ping pong saja.


Lepas ni mungkin banyak kereta lelong :)

Diaktifkan Semula - From Kelantan with Love

Maaf sahabat sekalian.

Dah lama tak aktifkan blog ini, ruanya masih hidup lagi. Lagipun ada blog sahabat yang tidak jemu-jemu untuk teruskan masuk link dalam blog masing-masing.

Sebagai mengiktiraf sahabat yang mengikuti blog ini, nanti akan upload hujan batu yang dibelakang rumah kami. Nasib baik sempat park kereta kat dalam garaj.