Monday, December 26, 2011

Masihkah ingat Tsunami Acheh 2004? Part 1

Salam;

Sudah tujuh tahun peristiwa ini berlaku. Tanggal 26 Disember 2004. Sekitar jam 8.50 pagi waktu tempatan. Awalnya gegaran yang mengadap Meulaboh ke Lautan Hindi dikatakan sekitar 9 sekala ricter.

Tetapi masih segar dalam ingatanku. Aku tiba di Acheh dan Meulaboh empat minggu selepas kejadian utk misi WHO bagi mengelak perebakan penyakit berjangkit.

Masih banyak gegaran pada waktu itu di Acheh. Rasanya tak selamat nak tidur dalam rumah.


Walaupun sudah sekitar empat minggu dari kejadian, sebenarnya waktu itu baru seminggu, misi penyelamat yang berjaya masuk ke Meulaboh. Ini gambar-gambar yang tak pernah dikongsikan sebelum ini.

Ini gambar dari Garuda airline DC10 sebelum mendarat di Bandera Sultan Iskandar Muda Acheh.




Ini pula gambar dari helikopter UN yang diambil dalam perjalanan dari Acheh ke Meulaboh. Hampir 10 km dari shore, sudah jadi padang jarak padang tekukur.









Sangat jelas, Masjid masih sempurna di pantai Barat Sumatera.











Ini Masjid lain pula. Ada sebuah lagi Masjid. Tapi takut banyak sangat gambar, nanti payah nak upload pula.





Biasa le gambar amatur dari kamera pasar malam saja.






No comments: