Wednesday, January 18, 2012

Perpisahan yang terasa dihati

Pada hari ini perpisahan dengan Ustaz Khairul Anuar Muhammad al Bakri. Beliau pulang ke Malaysia selepas beberapa tahun di sini. Ustaz Khairul adalah salah seorang penyemak al Quran Mashaf Usthmani untuk edaran di Malaysia. Beliau juga ada mengendalikan rancangan al Quran dalam TV1.


Inilah keadaan majlis tadarrus kami hari Sabtu lepas. Suasana sangat menyeronokkan bersama dengan Ustaz Khairul yang sedang memerhati bacaan ahli kampung. Kini Ustaz Khairul (kopiah biru) akan pulang ke Malaysia.











Kelihatan ahli qaryah memerhatikan bacaan anggota yang sedang membaca.

Sumbangan beliau sangat besar dalam memulakan kelas pengajian al Quran untuk bakal-bakal doktorat. Sepanjang beliau berada di sini, sudah tiga kali majlis Khatam dibuat dan saya terlibat dua daripadanya. Teguran-teguran yang beliau berikan sangat membina sehingga ahli kampung yang masih meranggak-rangkak membaca Quran sangat bersemangat untuk terus belajar dan membaca.

"Sesiapa yang memulakan sunnah yang baik, maka ganjaran untuknya dan orang yang menurutnya".


Berbetulan pada minggu lepas, kami sempat khatam untuk kali ke tiga. Itulah juga merupakan hari terakhir Ustaz Khairul mengendalikan secara offline. Mungkin masa depan terpaksa buat online. Baton akan diteruskan oleh Ustaz Zamri, Ustaz Rosmizu, Ustaz Burhan dan lain-lain. Kami mengadakan sedikit jamuan bersama. Biasalah musim panas ni kena buat BBQ. Boleh ambil masa berborak samabil membakar.




Cuaca sangat cantik. Suhu musim panas sekitar 17-20C.

No comments: