Friday, June 15, 2012

Selamat Jalan Sang Murabbi; moga kita dipertemukan nanti

Kesedihan berada jauh daripada kampung halaman menyebabkan tidak dapat bersama memberikan penghormatan terakhir kepada murabbi kita, Almarhum Ustaz Yahya Uthman rahimahullah.

Cuma gambar yang mengubat kerinduan. Gambar semasa cuti aidilfitri tahun lepas.

Dr Awisul berbetulan turut bercuti dari sub kepakaran dari India turut sama hadir. Walaupun cuti kami tersebut sangat pendek, tetapi memandangkan al fadhil Ustaz sering menyebut anak-anak tarbiahnya. Mungkin beliau sudah merasai, itulah kali terakhir kami sempat bersamanya, kalau kami mahu menemuinya. Sahabat yang dicintai, Cikgu Nazeli beberapa kali menyebut betapa rindunya Ustaz kepada kami.

InsyaAllah pesananmu menjadi motivasi kepada kami untuk menjaga pepenjuru Islam ini menjadi cemerlang dalm bidang kami.


Aku menangis mengenangkan betapa cintanya Ustaz kepada kami. Bermula lebih dua puluh tahun lepas ketika aku mula mengenali dunia, Ustaz telah membimbing kami untuk menjadikan Islam sebagai penyelesaian. Ustaz memperkenalkan kami kepada sahabat-sahabat Ikhwannya di Jordan, yang menganggap kami yang muda remaja pada waktu itu sebagai anak-anak mereka sendiri. Ustaz tidak mengenal lelah untuk berjaga malam mendidik kami.

Banyak wasiat yang diberikan kepadaku, samaada untuk orang muda atau untuk pejuang dalam bidang kami. Cuma kelemahanku untuk menterjemahkan saranan dan nasihat Ustaz samada kepada pemuda ataupun ahli sains.

InsyaAllah, kami akan mengadakan solat untukmu secara ghaib, moga-moga kita dipertemukan Allah pada hari yang dijanjikan.

Assoc. Prof. Dr. Zakuan Z. Deris
Glenroy, Melbourne.

No comments: